Penduduk kampung menggunakan perkhidmatan bot untuk mengangkut motosikal dan menyeberangi sungai ke bandaraya Kuching ketika tinjauan Bernama di Pengkalan Balang, Tanjung Embang, Sejingkat dekat sini hari ini.
Untuk perjalanan sehala setiap motosikal dikenakan bayaran RM4 manakala penumpang dikenakan bayaran RM2 dan RM1 untuk pelajar sekolah.
Iklan
Iklan
Kawasan Tanjung Embang mempunyai lima buah kampung sekitarnya iaitu Kampung Beradek, Kampung Tiang Api, Kampung Semilang, Kampung Sungai Pinang dan Kampung Beradek Cina.
Penduduk kampung tersebut pernah meminta kerajaan negeri supaya menyediakan perkhidmatan feri di kawasan berkenaan bagi memudahkan mereka berulang alik setiap hari ke bandaraya Kuching.
Artikel Berkaitan