Beri keutamaan, segerakan pengambilan tanah projek Persekutuan

Iklan
Ismail Sabri. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Kerajaan negeri perlu memberikan keutamaan dan menyegerakan kelulusan permohonan pengambilan tanah untuk projek kerajaan Persekutuan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri (MBKM) Ke-138 yang dipengerusikannya di Putrajaya secara bersemuka, pada Selasa.

Iklan
Iklan

Ismail Sabri berkata, tanah projek yang melibatkan jajaran diluluskan secara perizaban manakala tapak pusat operasi, pejabat atau stesen diluluskan secara pemberimilikan.

"Mesyuarat membuat keputusan agar kerajaan negeri membantu menyelesaikan isu halangan di atas tanah kerajaan negeri yang terlibat dengan projek-projek kerajaan berkepentingan awam," katanya dalam kenyataan di sini, pada Selasa.

Iklan

Menurut perdana menteri, perbincangan lanjut akan diadakan berhubung kadar premium yang dikenakan untuk pemberimilikan dan cukai tanah oleh kerajaan negeri selaras dengan ketetapan yang telah dibuat oleh Majlis Tanah Negara. - Bernama

AKAN MENYUSUL

Iklan