'Tak sampai setengah jam, air naik paras dada'

Iklan
Irwan dan tiga anaknya ditemui di PPS SK Puchong Indah di sini pada Selasa

PUCHONG -"Air naik dengan agak cepat menyebabkan saya hanya dapat selamatkan apa yang ada depan mata sahaja," luah penduduk Kampung Sri Puchong, Irwan Shabulah, 40.

Beliau berkata, rumahnya mula dinaiki air kira-kira jam 6.30 petang dan kali kedua ditenggelami air selepas kejadian banjir besar melanda Selangor pada 18 Disember tahun lalu.

Iklan
Iklan

"Hujan agak lebat petang semalam (Isnin) menyebabkan kawasan rumah tenggelam akibat limpahan daripada sungai berdekatan dan tidak sampai setengah jam air sudah paras dada (1.4 meter).

"Saya dan isteri tidak sempat mengemas rumah bagi menyelamatkan barang kerana air naik mendadak dalam sekelip mata, sempat capai apa yang ada di depan mata sahaja," katanya pada Selasa.

Iklan

Bapa tiga anak itu ditemui di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Puchong Indah di sini yang turut menempatkan lebih 160 mangsa banjir dari kawasan berhampiran.

Sementara itu, seorang lagi mangsa, Razali Che Harun, 44, turut memaklumkan, rumah mereka juga sudah dua kali dinaiki air selepas kali berdepan dengan banjir besar tahun lalu.

Iklan

"Kali ini, beberapa perabot tidak dapat diselamatkan. Kami hanya sempat selamat apa yang dapat sahaja, hanya komputer riba dan televisyen kerana air naik dengan begitu cepat.

"Selain daripada faktor hujan lebat, antara punca menyebabkan banjir ini berlaku ialah disebabkan keadaan longkang tidak dapat menampung kuantiti air yang banyak," katanya dari Kampung Langkas di sini.

Sementara itu, penduduk dari kampung sama, Aminuddin Abu Bakar, 46, berkata, rata-rata penduduk mengalami kerugian kerana tidak sempat berbuat apa-apa selain hanya mahu menyelamatkan diri.

"Saya tidak dapat anggar berapa kerugian yang terpaksa ditanggung namun banyak barang rosak termasuk kelengkapan sekolah anak untuk sesi persekolahan baru," katanya yang bekerja sebagai mekanik.