Kerajaan laksana langkah atasi bencana: PM

Iklan
Ismail Sabri (lima dari kiri) ketika mempengerusikan Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri (MBKM) Ke-138.

SHAH ALAM - Kerajaan menyenaraikan 11 penyelesaian jangka pendek dan sembilan penyelesaian jangka panjang berkaitan pengurusan bencana disebabkan keadaan cuaca yang tidak menentu akibat daripada pemanasan global.

Perkara tersebut dibincangkan dalam Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri (MBKM) Ke-138 pada Selasa yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Iklan
Iklan

Menurut Ismail Sabri, penyelesaian jangka pendek antaranya ialah memastikan kesiapsiagaan infrastruktur tebatan banjir (pam, pintu air dan set generator) pada tahap optimum dengan kerjasama kerajaan negeri.

"Selain itu, menyelenggara, mendalam dan membersih sistem saliran serta takungan banjir, menaik taraf 516 stesen siren dan 155 stesen kamera web sedia ada.

Iklan

"Membangunkan 361 stesen kamera web baharu dan menaik taraf 100 stesen pencerapan cuaca menggunakan peralatan berteknologi tinggi bagi memastikan ramalan dan amaran cuaca dikeluarkan adalah masa nyata (real time) dan boleh percaya (reliable).

"Kerajaan juga akan meningkatkan keupayaan aplikasi myCuaca untuk penyampaian maklumat kritikal yang efisien dan berkesan kepada Keluarga Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Iklan

Mengulas lanjut, beliau berkata, antara langkah penyelesaian jangka panjang pula adalah pembangunan Akta Adaptasi Sektor Air untuk memperkasa tadbir urus adaptasi perubahan iklim sektor air.

Pada masa sama, katanya, kerajaan juga akan menggunakan pendekatan 'nature-based solution' seperti pembinaan denai sungai sebagai platform penglibatan masyarakat.

"Kerajaan juga bersetuju meningkatkan kapasiti takungan air banjir dan memperkasa pelaksanaan pendekatan Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu,” katanya.