Kerjasama CATTI BC-BM intensifkan hubungan China-Malaysia

Iklan
Rais

BEIJING - Bahasa adalah medium penting dalam komunikasi manusia dan merupakan elemen utama untuk membentuk perpaduan lebih erat antara rakyat pelbagai negara.

Demikian kata Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim ketika berucap pada Majlis Pelancaran Ujian Pengiktirafan Penterjemahan Bahasa Cina-Bahasa Melayu (CATTI BC-BM) baru-baru ini.

Iklan
Iklan

Menurutnya, bahasa perlu digunakan untuk menyebarkan ilmu, mendorong keamanan, komunikasi pendidikan dan kebudayaan.

Justeru, Rais berharap agar pelancaran CATTI BC-BM mampu memperkukuh lagi hubungan dan kerjasama antara kedua-dua negara.

Iklan

Sementara itu, Duta China ke Malaysia, Ouyang Yujing pula menyatakan bahawa melalui ujian itu, pendidikan modal insan dalam bidang penterjemahan bahasa akan dipermudahkan, di samping mendorong persefahaman antara rakyat China dengan Malaysia.

Untuk rekod, Bahasa Melayu menjadi bahasa ke-10 dalam CATTI dan ia dijangka dimulakan pada penghujung tahun ini oleh Persatuan Kebudayaan Han Malaysia dengan kerjasama Jabatan Komunikasi Antarabangsa China (CICG) dan Pusat Pengurusan CATTI.

Iklan

CATTI, iaitu ujian sektor penterjemahan bahasa yang berwibawa di China dilancarkan di Malaysia dijangka berperanan besar dalam perkembangan bahasa Cina dan bahasa Melayu pada peringkat global.

Hadir sama pada majlis itu, Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Profesor Datuk Seri Dr Awang Sariyan, Presiden Pusat Kebudayaan Han Malaysia, Datuk Goh Hin San, Presiden Xiamen University Malaysia (XMUM), Profesor Wang Ruifang dan Timbalan Setiausaha Agung Dewan Perdagangan Malaysia China (MCCC), Tan In Fong. - Bernama