Paderi Australia didakwa cabul budak lelaki

Iklan
Aktivis mengecam salah laku paderi Katolik di Australia.

SYDNEY - AUSTRALIA. Polis Australia hari ini memfailkan tiga pertuduhan terhadap seorang paderi Katolik atas tuduhan melakukan serangan seksual ke atas seorang budak lelaki berusia 15 tahun dalam kejadian lebih dua dekad lalu.

Pengumuman itu menyusul seminggu selepas bekas bendahari Vatican, Kardinal George Pell dijatuhi hukuman enam tahun penjara oleh mahkamah Australia.

Iklan
Iklan

Pell, 77, disabit bersalah atas jenayah gangguan seksual ke atas dua kanak-kanak koir di Gereja St Patrick pada tahun 1990-an.

Polis berkata, suspek berusia 61 tahun itu yang identitinya tidak didedahkan, ditahan semalam.

Iklan

Dia didakwa mengganggu mangsa di pinggir bandar Fairfiled pada 1993.

Tambah polis, suspek dibebaskan dengan jaminan sementara menunggu keputusan mahkamah pada 15 Mei depan.

Iklan

Difahamkan, paderi berkenaan telah digantung tugas. - AFP