AS terkejut Poland sediakan jet-jet MiG untuk Ukraine

Iklan
Gambar fail menunjukkan jet-jet tempur MiG-29 buatan Kesatuan Soviet milik Poland. - Foto AP

WARSAW - Kerajaan Amerika Syarikat (AS) terkejut pada Selasa apabila Poland mengumumkan ia bersedia untuk menyediakan jet-jet pejuang MiG-29 yang akan dihantar ke Ukraine, kata seorang pegawai AS.

"Saya berada dalam satu mesyuarat yang mana saya sepatutnya mendengar tentang perkara itu. Justeru, saya fikir ia sebenarnya adalah langkah yang mengejut dari Poland," kata Timbalan Setiausaha Negara bagi Hal Ehwal Politik AS, Victoria Nuland kepada wakil-wakil rakyat Amerika seperti dilaporkan AFP.

Iklan
Iklan

Beliau mengulas tentang keputusan Kementerian Luar Poland yang menyatakan bahawa negaranya bersedia untuk menghantar jet-jet MiG-29 ke pangkalan udara AS di Ramstein, Jerman untuk diserahkan kepada Ukraine.

Tindakan Poland akan membolehkan ia menerima jet-jet pejuang F-16 bagi menggantikan jet-jet MiG buatan era Kesatuan Soviet.

Iklan

Isu itu menjadi sensitif di Washington yang mana pihak pentadbiran Presiden AS, Joe Biden telah membincangkan perkara tersebut tetapi tidak komited dengan rancangan sedemikian.

Bagaimanapun, Nuland enggan memberi komitmen sama ada Washington menyokong tindakan tersebut. - Agensi

Iklan