Permit wang ke luar negara, lesen memandu tumpuan Dewan Rakyat

Iklan
Isu kawalan selia peremitan wang ke luar negara dan pelaksanaan ‘e-testing’ bagi mengambil ujian lesen memandu antara persoalan dijangka menjadi tumpuan di Dewan Rakyat pada Khamis.

KUALA LUMPUR - Isu kawalan selia peremitan wang ke luar negara khususnya oleh pekerja asing dan pelaksanaan ‘e-testing’ bagi mengambil ujian lesen memandu merupakan antara persoalan yang memerlukan jawapan di Dewan Rakyat pada Rabu.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat dalam laman sesawang Parlimen, pertanyaan mengenai mekanisme kawalan peremitan wang ke keluar negara yang mencecah RM40 bilion setiap tahun itu akan diajukan oleh Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali (Pas-Kuala Nerus) kepada Menteri Kewangan semasa sesi soal jawab.

Iklan
Iklan

Bagi soalan berkenaan bilakah ‘e-testing’ dapat dilaksanakan sepenuhnya untuk semua proses ujian lesen memandu oleh Jabatan Pengangkutan Jalan serta syarikat pembekal teknologi mana yang terpilih akan ditanya oleh Loke Siew Fook (PH-Seremban) kepada Menteri Pengangkutan.

Turut tersenarai ialah soalan Khalid Abd Samad (PH-Shah Alam) yang meminta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan apakah usaha baharu untuk mengurangkan kebergantungan beras import untuk penggunaan negara.

Iklan

Menteri berkenaan juga perlu menjawab soalan Ahmad Tarmizi Sulaiman (Pas-Sik) yang mahu tahu langkah kementerian untuk mempertimbangkan imbuhan atau pampasan kepada negeri-negeri yang menjadi pengeluar utama padi negara.

Ia memandangkan negeri terbabit telah mengalami kos lepas perolehan hasil negeri dalam bentuk percukaian serta tanah di negeri terlibat tidak dapat dibangunkan dengan pembangunan komersial seperti negeri-negeri lain.

Iklan

Selain itu, turut menuntut penjelasan ialah Datuk Mohd Anuar Mohd Tahir (PH-Temerloh) yang meminta Menteri Tenaga dan Sumber Asli menyatakan usaha kementerian mengawal pembalakan di Pahang daripada menjadi bencana seperti hujung tahun lepas.

Selesai sesi itu, Ahli Dewan Rakyat akan mengambil bahagian menyambung semula sesi perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja.

Dewan Rakyat bersidang hingga 24 Mac ini - Bernama