Liverpool lulus ranjau Inter Milan di Anfield

Iklan
Sadio Mane antara pemain Liverpool yang dipertaruhkan Klopp dalam perlawanan di Anfield itu.

LIVERPOOL dipaksa melalui tempoh kepenatan sebelum mengesahkan kemaraan suku akhir Liga Juara-Juara dengan agregat 2-1 walaupun tewas 0-1 dalam perlawanan timbal balik kedua di Anfield.

Gol tunggal perlawanan Lautaro Martinez pada minit ke-62 sudah cukup membolehkan gergasi Serie A kendalian Simone Inzaghi menebus kekalahan 0-2 di San Siro dalam aksi terdahulu.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun Inter Milan yang dilihat mampu mengejutkan tuan rumah terpaksa beraksi dengan 10 pemain apabila Alexis Sanchez dilayangkan kad kuning kedua setelah mengasari pemain tengah Liverpool, Fabinho.

Kekalahan anak buah Jurgen Klopp itu menyaksikan The Reds mengakhiri rekod tanpa kalah tujuh perlawanan dalam Liga Juara-Juara, namun Liverpool berjaya mencapai matlamat untuk mara ke peringkat lapan terakhir buat kali keempat dalam lima musim terakhir.

Iklan

"Sejujurnya seni bola sepak adalah apabila tewas dalam perlawanan yang sebenarnya. Ya, saya masih bencikannya, namun jika ada perlawanan yang kami mampu kalah, ia adalah aksi malam ini.

"Saya rasa kami layak mendapat keputusan ini selepas mengharungi dua perlawanan. Keputusan ini adil tambahan kami melalui perlawanan menentang lawan yang sukar," kata Klopp.

Iklan

Sementara itu pengendali Inter Milan, Simone Inzaghi berkata, kemenangan di Anfield sesuatu yang bagus, namun ia tidak berguna untuk fasa kelayakan.