Tuchel mahu Chelsea sedia berdepan Norwich City

Iklan
Tuchel - foto Getty Images

PENGENDALI Chelsea Thomas Tuchel mahu skuad kendaliannya bersedia untuk berdepan skuad tercorot Liga Perdana Inggeris (EPL) Norwich City pada Jumaat.

Menurutnya, setelah berehat selama empat hari sejak menang 4-0 ke atas Burnley, The Blues pastinya mahu meneruskan momentum kemenangan ke atas The Cannaries kali ini.

Iklan
Iklan

"Seperti yang telah saya katakan beberapa kali sebelum ini, saingan musim ini memang mencabar dan sehingga kini ia masih belum selesai.

"Masalah kecederaan berpanjangan pemain adalah antara isu yang melanda kelab ini dan diharap pemain dapat memanfaatkan tempoh rehat selama empat hari sejak menewaskan Burnley.

Iklan

"Oleh itu, mana-mana pemain yang diturunkan nanti perlu memberikan yang terbaik bagi memastikan kemenangan,” katanya.

Untuk rekod, Chelsea kini berada pada tangga ketiga EPL dengan 53 mata berbanding Norwich yang berada pada kedudukan tercorot dengan 17 mata setelah mengharungi 27 perlawanan.

Iklan

Mengulas lanjut, Tuchel berharap agar Reece James yang dikeluarkan ketika beraksi berdepan Burnley, dalam keadaan cergas untuk diturunkan berdepan Norwich City.

Katanya, ketika beraksi berdepan Burnley, James masih belum cergas sepenuhnya dan hanya beraksi selama 70 minit.

"Kita juga mahu ‘melindungi’ pemain-pemain kita dan inilah yang dilakukan ketika berdepan Burnley di mana saya bertindak mengeluarkan James bagi memastikannya cergas untuk berdepan Norwich.

"Oleh itu, diharapkan James bersedia dan cergas untuk beraksi nanti,” katanya.