KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan kejadian ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di beberapa negeri bermula 3 petang hingga 7 malam Rabu.
Amaran yang dikeluarkan pada 1.15 tengah hari itu memaklumkan kawasan yang terlibat ialah di Perak (Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim), Selangor (Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat), Jelebu, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur.