Tidak timbul isu fitnah: Ameer Forteen

Iklan
Ameer Forteen

PENYANYI kumpulan Forteen, Ameer atau Mohd Arif Ameerais Azhar, 29, memberitahu, kehidupan kini lebih bahagia dan terurus selepas berkahwin pada 1 Mac lalu.

Sehubungan itu, Ameer menyifatkan bebas untuk keluar bersama suri hati, Siti Nurnaja'a Shamsul Kamar.

Iklan
Iklan

"Alhamdulillah, sudah dua minggu lebih saya bergelar suami dan kehidupan lebih baik dan bahagia.

"Apabila sudah berkahwin ini, nak keluar bersama ke mana-mana pun bebas. Pendek kata, secara tak langsung dapat mengelakkan timbul fitnah," ujarnya sebagaimana laporan mStar Online.

Iklan
Forteen

Tambah Ameer, tanggungjawab yang dipikul juga lebih berat.

"Jika dulu hanya fikir fasal diri sendiri sahaja, namun sekarang sudah kahwin, tanggungjawab lebih besar.

Iklan

"Bukan sahaja kepada isteri tetapi ahli keluarga lain juga menjadi komitmen kami bersama," katanya.

Mengenai karier nyanyian, Forteen baru sahaja melancarkan single terbaharu berjudul Diam Saja.