Banjir: Australia isytihar darurat

Iklan
Morrison mengumumkan darurat akan diisytiharkan susulan banjir buruk yang melanda kawasan timur laut negara itu. - Gambar hiasan.

CANBERRA - Perdana Menteri Australia, Scott Morrison mengumumkan darurat akan diisytiharkan susulan banjir buruk yang melanda kawasan timur laut negara itu.

Morrison mengumumkan perkara itu pada Rabu ketika melawat komuniti yang terjejas di utara New South Wales (NSW), lapor Xinhua.

Iklan
Iklan

Pengisytiharan itu akan memberi kerajaan persekutuan lebih kuasa untuk menempatkan Pasukan Pertahanan Australia (ADF) dan sokongan kewangan ke kawasan terjejas.

Ini adalah kali pertama darurat diisytiharkan selepas undang-undang berkaitan perkara itu digubal susulan krisis kebakaran belukar 2019/20.

Iklan

"Saya telah membuat keputusan ini hari ini dengan berunding dengan Perdana Menteri.

"Ia akan memastikan Menteri dan agensi kita tidak menghadapi sebarang birokrasi yang tidak perlu semasa mereka melaksanakan apa yang diperlukan masyarakat," katanya.

Iklan

Sekurang-kurangnya 20 orang maut dan beribu-ribu bangunan musnah atau rosak sejak banjir melanda pada akhir Februari selepas kawasan timur laut negara ini menerima curahan hujan luar biasa dalam masa seminggu.

Morrison mengumumkan AUS$25 juta (AS$18.2 juta) dalam bentuk pembiayaan untuk bantuan kecemasan, makanan dan perkhidmatan kaunseling serta AUS$31.2 juta (AS$22.7 juta) untuk perkhidmatan jangka panjang bagi kesihatan mental.

"Kami tidak boleh memandang rendah soal kesihatan mental jangka panjang yang akan dihadapi komuniti. Kerajaan akan memantau dengan teliti keadaan untuk memahami bantuan lain yang diperlukan orang ramai apabila mereka pulih daripada bencana ini," kata Morrison. - Bernama