Rakyat sambut baik fasa peralihan ke endemik

Iklan
Kerajaan pada Selasa memutuskan supaya sempadan negara dibuka bermula 1 April ini. -Foto Bernama

SHAH ALAM - Meskipun gembira dengan keputusan kerajaan memaklumkan negara akan memasuki fasa peralihan ke endemik’ serta pembukaan semula sempadan negara mulai 1 April depan, namun orang ramai mengharapkan pematuhan dan penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) terus diperkasakan.

Bagi peniaga makanan dan minuman, Danial Aizat Ariff, 35, keputusan kerajaan itu adalah satu inisiatif yang bagus khususnya kepada peniaga untuk membangunkan semula perniagaan masing-masing yang mana telah lama suram sepanjang pandemik Covid-19.

Iklan
Iklan

"Bagaimanapun, dengan kelonggaran yang diberikan ini, diharap rakyat dapat terus mengekalkan SOP asas seperti pemakaian pelitup muka bagi menjamin keselamatan dan kesihatan semua pihak,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Bagi pelajar, Andi Arnaisah Andi Arnis, 23, pula, kelonggaran SOP serta pembukaan semula sempadan negara sudah tentunya dapat memberi kelegaan kepada semua pihak terutama bagi sektor perniagaan, pelancongan dan perhotelan.

Iklan

"Justeru, dengan memasuki fasa endemik, termasuklah pembukaan sempadan negara, kita semua dapat hidup dengan lebih baik terutama peniaga-peniaga yang terjejas teruk sepanjang tempoh pandemik.

"Bagaimanapun, kita tetap perlu menjaga SOP. Masing-masing kena jaga diri dan kesihatan untuk kebaikan bersama,” katanya.

Iklan

Seorang sukarelawan vaksin, Muhamad Nabil Mohd Yusuf Soon, 26, turut menyambut baik keputusan kerajaan melonggarkan beberapa SOP sedia ada antaranya had waktu operasi bagi premis dimansuhkan dan dibenarkan beroperasi 24 jam serta kebenaran rentas negeri tanpa mengira status vaksin.

"Jadi, saya berasa sangat gembira kerana kita sudah boleh hidup seperti sedia kala dengan berasaskan SOP yang telah dilonggarkan,” katanya.

Peniaga dalam talian, Nurul Sakirah Abu Hasan, 27, pula berkata, peralihan fasa endemik tersebut sangat diperlukan semua pihak terutama peniaga.

"Majoriti rakyat yang melakukan perniagaan secara dalam talian telah terjejas dari segi sumber pendapatan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. Masa ini sangat diperlukan untuk membina, mengukuhkan kembali ekonomi rakyat dan memulihkan ekonomi negara.

"Namun begitu, kesedaran tentang penjagaan diri serta keluarga juga perlu dititikberatkan kerana negara masih lagi berdepan dengan gelombang Omicron,” katanya.

Bagi pekerja swasta, Nur Khairunnisa Mahiran, 26, pembukaan sempadan negara, bukan sahaja dapat melonjakkan ekonomi masyarakat setempat malah dapat menjalinkan hubungan dengan masyarakat luar.

"Apa yang penting adalah kerjasama masyarakat untuk terus kekal patuh kepada SOP dan norma baharu untuk mengekang penularan wabak Covid-19 selepas sempadan negara dibuka," katanya.