Zahid nafi dakwaan 35-37 kerusi DUN dalam 'genggaman' BN

Iklan
Ahmad Zahid (tengah) dan Yahya (kiri) ditemui pemberita dalam program beramah mesra bersama pengundi di Flat Larkin Indah, Johor Bahru, pada Rabu.

JOHOR BAHRU - Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan dakwaan gabungan itu mampu mendapat antara 35 hingga 37 kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sebagai spekulasi.

Beliau berkata, tumpuan BN ketika ini adalah bekerja keras dan berusaha mendapatkan 29 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) terlebih dahulu bagi membolehkan kerajaan negeri dapat dibentuk.

Iklan
Iklan

Jelasnya yang juga Presiden UMNO, jika mendapat jumlah kerusi DUN yang lebih, itu adalah bonus bagi gabungan tersebut.

"Saya yakin keputusan akan memihak kepada UMNO dan BN memandangkan terdapat angin perubahan yang sedang melanda politik Johor, sekali gus menunjukkan keputusan Pilihan Raya Umum lepas tidak akan berulang.

Iklan

"Saya yakin dengan angin perubahan sedang berlaku di Johor ini dan juga gelombang yang sedang terhempas di pantai politik Johor ini, saya yakin para pengundi akan mengubah arah menyokong calon BN kerana kita yakin bahawa kerajaan gagal (Perikatan Nasional) sebelum ini tidak boleh diharap lagi.

"Dan yang menjadi kesepakatan harapan (Pakatan Harapan) pun tidak boleh diharap lagi. Oleh yang demikian harapan mereka hanya kepada BN," katanya ditemui pemberita dalam program beramah mesra bersama pengundi di Flat Larkin Indah di sini pada Rabu.

Iklan

Turut hadir UMNO Johor Bahru, Tan Sri Shahril Abdul Samad dan Timbalannya, Datuk Yahya Ja’afar selain calon BN untuk DUN Larkin, Mohd Hairi Md Shah dan Presiden Parti Cinta Sabah, Datuk Seri Anifah Aman.

Beliau mengulas mengenai laporan analisis dan kajian yang mendakwa 35 hingga 37 kerusi DUN kini berada dalam genggaman BN.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu juga yakin BN menampilkan calon-calon yang terbaik untuk pengundi PRN Johor.