MOSCOW - [DIKEMAS KINI] Gencatan senjata sementara antara tentera Rusia dan Ukraine bermula pada Rabu bagi membolehkan pelaksanaan proses evakuasi orang awam di lima bandar utama di Ukraine.
Menurut Kementerian Pertahanan Rusia, gencatan senjata itu berkuat kuasa di bandar Kiev, Kharkiv, Chernigiv, Sumi dan Mariupol pada jam 10 pagi waktu Moscow (0700GMT).
Iklan
Iklan
Delegasi Rusia dan Ukraine mengadakan rundingan pusingan ketiga di bandar Belarusia Brest pada Isnin yang berakhir dengan perkembangan 'agak positif' berhubung isu kemanusiaan, lapor Agensi Anadolu memetik pegawai Ukraine.
Konflik Rusia-Ukraine yang bermula 24 Februari itu telah mencetuskan kecaman antarabangsa, membawa kepada sekatan kewangan ke atas Moscow.
Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sekurang-kurangnya 474 orang awam terbunuh dan 861 cedera di Ukraine manakala kira-kira dua juta penduduk telah melarikan diri ke negara jiran. - Bernama