KUALA LUMPUR - Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin pada Rabu mengadakan libat urus dengan lebih 30 peserta daripada komuniti perniagaan dan kedutaan asing pada sesi ‘Kuala Lumpur Business Club (KLBC) Fireside Chat’ di sini.
Acara yang berlangsung selama satu jam itu bertujuan untuk memberikan gambaran yang lebih jelas mengenai prosedur operasi standard (SOP) untuk pengembara perniagaan asing sebagai persediaan untuk pembukaan semula sempadan negara bulan depan di bawah fasa peralihan ke endemik.