Polis serbu sarang penagih di Gunung Keriang

Iklan
Seramai 22 penagih yang ditahan dalam serbuan Ops Sarang di Gunung Keriang pada Rabu. - Foto IPD Kota Setar

ALOR SETAR - Polis menahan 22 penagih selepas menyerbu kawasan semak yang dipercayai sarang penagihan dadah di Gunung Keriang di sini pada Rabu.

Sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar melakukan serbuan menerusi Op Sarang pada jam 6.30 pagi hingga 1 petang.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Sukri Mat Akhir berkata, kesemua individu yang berusia 31 hingga 54 tahun itu kebanyakannya petani, menganggur dan bekerja sendiri.

"Hasil semakan juga mendapati mereka yang ditahan adalah dari sekitar Alor Setar yang datang ke kawasan Gunung Keriang itu semata-mata untuk menagih dadah," katanya dalam kenyataan di sini pada Rabu.

Iklan

Ahmad Shukri berkata, dalam operasi itu seorang daripada mereka yang ditahan berusia 44 tahun disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 kerana mengedar 23.15 gram heroin, tiga lagi disiasat bawah Seksyen 12(2) ADB 1952 serta selebihnya disiasat bawah Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

"Daripada jumlah tersebut, enam orang akan diambil tindakan di bawah Seksyen 39(C) ADB 1952 iaitu penalti lebih berat kerana telah melakukan kesalahan berulang sebanyak dua kali di bawah Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

Iklan

"Mereka berdepan hukuman penjara antara lima hingga tujuh tahun selain boleh dikenakan satu hingga tiga kali sebatan," katanya.

Katanya, seorang daripada mereka juga adalah orang yang dikehendaki polis di bawah kesalahan Seksyen 379A Kanun Keseksaan di daerah Kubang Pasu.