'Loji kuasa nuklear Chernobyl masih selamat'

Iklan
Loji kuasa tidak beroperasi itu terletak di zon pengecualian yang turut menempatkan reaktor yang dinyahaktif dan kemudahan sisa radioaktif. - Foto Agensi

VIENNA - Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) pada Rabu mengesahkan 'tiada impak kritikal terhadap keselamatan' sehari selepas hubungan komunikasi dilaporkan terputus di kemudahan nuklear Chernobyl di Ukraine.

"Kiev telah memaklumkan kepada kami tentang masalah itu yang berpunca daripada kehilangan bekalan kuasa," kata badan pemerhati di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tersebut menerusi Twitter.

Iklan
Iklan

Pengesahan itu dibuat IAEA selepas ia mendakwa tidak lagi menerima data daripada kemudahan tersebut yang pernah mencetuskan bencana nuklear Chernobyl pada 1986.

Ketua IAEA, Rafael Grossi berkata, penghantaran data jarak jauh daripada sistem pemantauan perlindungan yang dipasang di Chornobyl NPP telah ‘hilang’.

Iklan

"Kami sedang meneliti status sistem sama di lokasi lain di Ukraine dan akan memaklumkan perkembangan tentangnya,” ujarnya yang turut menjelaskan fungsinya adalah untuk menghalang penyebaran senjata nuklear menerusi pengesanan awal jika berlaku sebarang penyalahgunaan bahan berbahaya tersebut.

Menurutnya, lebih 200 kakitangan teknikal dan pengawal keselamatan terperangkap di kemudahan itu serta terpaksa bekerja tanpa henti selama 13 hari berturut-turut sejak ia diambil alih tentera Rusia pada 24 Februari lalu.

Iklan

Difahamkan, loji kuasa tidak beroperasi itu terletak di zon pengecualian yang turut menempatkan reaktor yang dinyahaktif dan kemudahan sisa radioaktif. - AFP