Prestasi cemerlang KWSP wajar dipuji

Iklan
Foto Bernama

KUMPULAN Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengumumkan dividen sebanyak 6.10 peratus bagi Simpanan Konvensional dan 5.65 peratus bagi Simpanan Syariah bagi tahun 2011. Pengumuman itu memperlihatkan peningkatan berbanding 2020.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, prestasi membanggakan itu adalah hasil pendekatan kepelbagaian portfolio yang berpandukan Alokasi Aset Strategik (SAA), yang memastikan KWSP bertahan terhadap kejutan kewangan serta kekal stabil dalam situasi yang tidak dijangka.

Iklan
Iklan

Bagi pemerhati dan pakar ekonomi, mereka berpendapat prestasi cemerlang KWSP di sebalik pelbagai cabaran termasuk kelembapan ekonomi dan kesihatan dunia menunjukkan mereka sebuah badan berwibawa memastikan pelaburan yang dibuat mendapat pulangan yang baik.

Selain berperanan memulihkan ekonomi negara, badan itu juga dilihat mahu memastikan caruman ahlinya terus dipertingkatkan selepas kebenaran wang simpanan dibenarkan sebelum ini demi hari tua mereka.

Iklan

Malah, cadangan agar pengeluaran simpanan buat kali terakhir juga ditolak oleh pakar ekonomi kerana ia sebenarnya penyelesaian jangka pendek dan tidak menyelesaikan masalah kewangan ahli pada hari persaraan.

Ketika ini, seramai 2.6 juta pencarum mempunyai simpanan RM1,000 dan ke bawah setakat Disember 2021. Ia merupakan peningkatan sebanyak 86 peratus berbanding 1.4 juta pencarum pada April 2020.

Iklan

Selain itu, kira-kira 6.1 juta pencarum berusia kurang 55 tahun, yang mewakili sekitar 50 peratus daripada golongan itu, mempunyai simpanan RM10,000 dan ke bawah selepas persaraan.

Apa yang perlu dilakukan oleh KWSP ketika ini adalah terus memberikan fokus terhadap usaha mendapatkan keuntungan daripada pelaburan berdasarkan kepada petunjuk kewangan, ekonomi dan harga komoditi yang baik.

Dengan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung pembukaan sempadan 1 April ini, ia bakal merancakkan lagi pelbagai sektor terutama perdagangan dan KWSP sebagai pelabur utama dalam negara pastinya akan menerima limpahan daripada keputusan tersebut.