Hospital bersalin, kanak-kanak Ukraine terkena serangan Rusia

Iklan
Serangan udara tentera Rusia mengenai sebuah hospital bersalin dan kanak-kanak di Mariupol pada Rabu. - Foto EyePress News/EyePress/AFP
KIEV - Satu serangan udara tentera Rusia mengenai sebuah hospital kanak-kanak dan bersalin di bandar pelabuhan Mariupol, Ukraine menyebabkan sekurang-kurangnya 17 kakitangan pusat perubatan itu cedera pada Rabu.

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy turut menyiarkan rakaman video di Twitter yang menunjukkan kemusnahan besar-besaran di hospital itu termasuk tingkap pecah dan dinding dalaman tercabut yang menurutnya disebabkan oleh serangan langsung tentera Rusia.

Beliau berkata, ekoran serangan itu, terdapat orang dewasa dan kanak-kanak terperangkap di bawah serpihan bangunan.

Iklan
Iklan

"Setakat ini terdapat 17 kakitangan hospital yang cedera," kata Ketua Wilayah Donetsk, Pavlo Kyrylenko dalam video yang disiarkan di Facebook.

"Setakat ini tiada kanak-kanak cedera dan tiada kematian," tambahnya.

Iklan
Iklan

Serangan itu berlaku ketika terdapat wanita yang sedang bersalin di hospital yang baharu diubah suai, kata pihak pentadbiran tentera wilayah Donetsk kepada AFP. - Agensi