Pochettino tetap label PSG pasukan lebih baik

Iklan
Pemain PSG kelihatan kecewa dengan kekalahan berkenaan. - Foto EPA

PENGENDALI Paris Saint-Germain, Mauricio Pochettino tetap melabelkan skuad kendaliannya itu pasukan yang lebih baik biarpun gagal layak ke suku akhir Liga Juara-Juara setelah tewas 1-3 (2-3 secara agregat) kepada Real Madrid di Santiago Bernabeu pada Khamis.

Menurut Pochettino, skuad Les Parisiens itu juga sebenarnya sudah begitu hampir untuk mengesahkan slot ke suku akhir, namun dikecewakan dengan beberapa keputusan pengadil perlawanan.

Iklan
Iklan

"Kami mendominasi aksi kalah mati pertama di Parc des Princes pada 16 Februari lalu dan mencatatkan kemenangan 1-0.

"Di Santiago Bernabeu, kami juga sudah menjaringkan gol awal bagi melebarkan jurang agregat, tetapi gol jaringan Kylian Mbappe dibatalkan termasuk dua lagi jaringannya selepas itu.

Iklan

"Bagi saya, jika kesemua gol berkenaan dibenarkan, sudah pasti PSG mencatatkan kemenangan besar ke atas Real Madrid,” katanya.

Untuk rekod, pada aksi kalah mati pertama di Parc des Princes 16 Februari lalu, PSG menumpaskan Real Madrid 1-0.

Iklan

Bagaimanapun, pada aksi kedua kalah mati kali ini di Santiago Bernabeu, PSG hanya berjaya menjaringkan satu gol menerusi Kylian Mbappe pada minit ke-39 sebelum penyerang Real Madrid, Karim Benzema meledak hatrik pada minit ke-61, min-76 dan min-78 bagi mengesahkan kemenangan tuan rumah.

Sementara itu, Pochettino berkata, gol pertama Real Madrid yang juga gol penyamaan merupakan titik tolak kepada kekalahan PSG.

Katanya, gol jaringan Karim Benzema itu secara keseluruhannya telah membuatkan kesebelasan tuan rumah semakin bersemangat dan terus mengasak PSG hingga ke wisel penamat.

"Selama sejam, kami merupakan pasukan yang lebih baik, tetapi sejurus jaringan pertama Benzema, suasana nyata telah berubah.

"Selain itu, kami juga telah melakukan beberapa kesilapan, namun perasaan yang paling sedih adalah ketika merasakan bahawa kami hampir layak ke suku akhir, namun dikecewakan hanya dalam tempoh 10 minit.

"Saya benar-benar kecewa kerana kami telah beberapa tahun mencuba untuk memenangi trofi Liga Juara-Juara, namun tetap gagal direalisasikan,” katanya.