Jenazah Mohd Ruzaimi selamat dikebumi

Iklan
Nor Azawiah (tiga kanan) membantu anak lelakinya menyiram pusara arwah suaminya.

BATU GAJAH - Jenazah kakitangan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) yang meninggal dunia selepas parah dalam insiden di landasan Lapangan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), selamat dikebumikan sekitar jam 5.45 petang, hari ini.

Allahyarham Mohd Ruzaimi Iskandar Ahmad Razali, 39, tiba di Tanah Perkuburan Kampung Changkat Belengkor, Batu Gajah selepas disembahyangkan di Masjid Toh Puan Besar Hatijah Batu Gajah.

Iklan
Iklan

Jenazah Allahyarham diiringi ibunya, Jeleha Awang, 70-an; isteri, Nor Azawiah Md Usuf bersama empat anak berusia setahun hingga 13 tahun.

Lebih 300 orang terdiri anggota keluarga, saudara mara dan penduduk kampung hadir memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham.

Iklan
Sanak saudara, sahabat handai dan penduduk kampung hadir memberi penghormatan terakhir buat Allahyarham.

Mohd Ruzaimi menghembuskan nafas terakhir jam 6.45 petang semalam ketika menjalani rawatan intensif di sebuah hospital swasta di Subang Jaya selepas kenderaan dinaiki dilanggar sebuah pesawat persendirian yang mendarat di landasan LTSAAS.

Dalam kejadian jam 3.20 pagi, Isnin lepas, mangsa dipercayai berada dalam kereta unit kejuruteraan MAHB untuk memantau kerja penyelenggaraan di landasan.

Iklan

Kejadian itu menyebabkan bahagian bumbung Perodua Kembara terbabit tercabut selepas terkena sayap pesawat berkenaan.