Ipoh Night Market

Iklan


Pengunjung tidak melepaskan peluang bermain pelbagai permainan di Ipoh Night Market.

Dibuka sejak Ogos 2019, aktiviti perniagaan di Ipoh Night Market berdepan cabaran apabila pandemik Covid-19 melanda negara sekaligus memaksa para peniaga untuk menghentikan peniagaan mereka.

Baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan negara akan memasuki Fasa Peralihan Endemik bermula 1 April ini.

Antara kelonggaran yang diberikan ialah premis perniagaan dan kedai makan dibenarkan beroperasi selepas 12 tengah malam mengikut syarat lesen masing-masing.

Tinjauan Bernama mendapati rata-rata peniaga menyambut baik dan menzahirkan rasa syukur selepas dibenarkan menjalankan perniagaan mereka dengan masa yang lebih lama. - Foto Bernama