PEMAIN tenis nombor satu dunia dari Rusia, Daniil Medvedev dan pemain tenis nombor tiga dunia, Aryna Sabalenka yang menyertai kejuaraan Indian Wells, sekali lagi menggesa perdamaian segera dalam kalangan pihak bertelagah dalam konflik Rusia-Ukraine.
"Mesej saya sentiasa sama - saya mahukan keamanan di seluruh dunia. Saya rasa setiap pemain tenis akan mengatakan perkara yang sama,” kata pemain nombor satu dunia Medvedev sebelum aksi ATP pusingan pertama di California Selatan tersebut.
Iklan
Iklan
Rusia yang dipimpin Presiden Vladimir Putin sebelum itu melancarkan operasi ketenteraan khas ke atas Ukraine pada 24 Februari lalu yang disifatkan sebagai kempen ketenteraan terbesar di Eropah sejak 1945, yang menyaksikan sokongan padu dalam kalangan komuniti tenis terhadap negara yang diketuai presiden, Volodymyr Zelenskyy.
Sementara itu, Sabalenka, yang negaranya bersekongkol dengan Rusia dalam pencerobohan tersebut menegaskan bahawa pemain berusia 23 tahun kelahiran Minsk, Belarus berkenaan bersedia memakai reben Ukraine.
"Saya berasa sangat sedih dan sangat sedih dengan warga Ukraine yang kehilangan tempat tinggal semasa perang. Saya benar-benar bimbang tentangnya tetapi malangnya ia bukan di bawah kawalan saya. Saya hanya mengharapkan kedamaian,” kata Sabalenka yang juga berstatus pilihan pertama kejuaraan tersebut bersama Medvedev.