TAIPEI - Agensi perisikan Taiwan mendakwa China menutup sebahagian Laut China Selatan berhampiran Vietnam bulan ini dalam usaha mencari pesawatnya yang terhempas.
Beijing pada Jumaat lalu memberi alasan bahawa penutupan Laut China Selatan berhampiran perairan wilayah Hainan dan Vietnam adalah bagi tujuan latihan ketenteraan.
Iklan
Iklan
Sebaliknya, Biro Keselamatan Negara dalam laporannya di Parlimen menyebut bahawa penutupan itu sebenarnya bagi memberi laluan kepada operasi mencari dan menyelamat (SAR).
Ketua biro perisikan Taiwan, Chen Ming-tong bagaimanapun tidak memperincikan butiran lanjut mengenai insiden itu kerana ia melibatkan sumber risikan mereka.
China tidak mengumumkan sebarang nahas udara membabitkan pesawatnya di Laut China Selatan dan Kementerian Pertahanan juga enggan mengeluarkan kenyataan bagi mengesahkan atau tidak dakwaan tersebut. - Agensi