MPPD sasar empat juta pelancong

Iklan
MPPD sasar empat juta pelancong datang ke Port Dickson menjelang hujung tahun.

PORT DICKSON - Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) menyasarkan empat juta pelancong ke daerah ini menjelang akhir tahun 2022 susulan pembukaan sempadan negara bermula 1 April ini.

Yang Dipertua MPPD, Mohd Zamri Mohd Esa berkata, kedatangan pelancong sedia ada ke Port Dickson pernah mencecah sehingga 65,000 pengunjung pada setiap hujung minggu sebelum ini.

Iklan
Iklan

"Justeru dengan pembukaan sempadan, jumlah itu dijangka berlipat ganda tambahan daerah ini sememangnya menjadi tumpuan pelancong.

"Jadi kita sudah melakukan segala persediaan untuk pembukaan semula sempadan negara ini dengan menyediakan dan menawarkan pelbagai tarikan pelancongan utama melalui produk-produk serta kemeriahan program pelancongan bertaraf antarabangsa seperti Port Dickson International Thiathlon ( PDIT ) dan Port Dickson Viper Beach Challenge yang dijangka akan dilaksanakan selepas Hari Raya Aidilfitri," katanya kepada pemberita pada Khamis.

Iklan

Dalam pada itu, beliau berkata, MPPD telah menaik taraf dan membaik pulih pelbagai kemudahan dan lokasi tarikan pengunjung.

"Ia akan memberi lebih kemudahan serta keselesaan kepada orang ramai meliputi menambah baik kios penjaja sedia ada di Pantai Saujana, menaik taraf medan selera berkonsepkan kontena di Pantai Teluk Kemang.

Iklan

"Selain itu, ia membabitkan pembinaan arca di Pantai Saujana untuk para pengunjung swafoto keindahan pantai dan menambah lampu- lampu hiasan menarik di sekitar bandar Port Dickson," katanya.

Katanya antara lokasi yang sering menjadi tumpuan di Port Dickson adalah 11 pantai yang terdapat di daerah berkenaan selain kepelbagaian produk pelancongan seperti Muzium Tentera Darat, Muzium dan Kota Lukut, PD Ostrich Farm serta destinasi tempat makanan laut.

Menurutnya mengikut rekod jumlah kedatangan pelancong ke Negeri Sembilan pada tahun lepas adalah seramai 4 juta orang dan 2.8 juta daripadanya merupakan rekod kedatangan pelancong luar ke Port Dickson.