Smart and Easy Table (SnET) 2.0 Pertama Malaysia

Iklan
GEORGE TOWN, 10 Mac -- Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Permai Mohammad Sabarullah Shaik Ismail berjaya menginovasikan Smart and Easy Table (SnET) 2.0 yang pertama di Malaysia sebagai satu langkah penyelesaian bagi menangani isu beg berat dalam kalangan murid sekolah rendah.

Idea pengubahsuaian meja dan kerusi sedia ada dilakukan bagi tujuan mewujudkan suasana pembelajaran lebih efisien selain meningkatkan keyakinan dan keseronokan murid hadir ke sekolah.

Menurutnya, reka bina semula meja dan kerusi serbaguna itu dilakukan menerusi jalinan kerjasama pihak Institut Kemahiran Mara (IKM) Sungai Petani dan Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Tun Uda (SMKRTU) serta sokongan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).

- Foto Bernama