JOHOR BAHRU - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Khamis mengadakan solat hajat, bacaan Yasin dan doa selamat di Masjid Habib Hassan Al-Attas Wadi Hassan di sini bagi memohon kelancaran proses Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang akan berlangsung Sabtu ini.
Kira-kira 70 jemaah termasuk Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak menyertai majlis berkenaan yang diadakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara termasuk mengamalkan penjarakan fizikal dan pemakaian pelitup muka.