Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan berlangsung esok. Masa yang berbaki digunakan sepenuhnya oleh calon-calon Perikatan Nasional (PN), para pemimpin utama PN dan petugas kempen untuk turun padang bertemu rakyat dan menyampaikan maklumat mengenai ikrar, hala tuju dan harapan mereka.
RASMI...Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin (tiga dari kanan) merasmikan pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Parit Sulong pada Rabu.
KEMPEN...Pelbagai cara digunakan untuk menyatakan sokongan kepada PN di DUN Pekan Nanas.
MEGAH...Kelihatan kain rentang menarik yang digunakan Perikatan Nasional bagi kempen calon parti itu di DUN Larkin di pagar Flat Larkin, Johor Bahru.
PROGRAM...Sekitar Program Tukar Minyak Hitam Percuma Untuk 150CC ke bawah di Felcra Bukit Kepong.
PERSIAPAN...Jentera PN di DUN Larkin bergambar bersama ketika menyiapkan bahan kempen di Bilik Gerakan PN DUN Larkin, Larkin Jaya, Johor Bahru.
DENGAR MASALAH...Calon PN DUN Benut, Senator Datuk Isa Ab Hamid (tengah) mengambil kesempatan berbual dan mendengar masalah penduduk ketika berkempen di sekitar Pekan Benut.
MERIAH...Jentera pilihan raya Perikatan Nasional (PN) menambah pemasangan poster dan gegantung di daerah Kulai bagi memeriahkan suasana PRN Johor yang bakal berlangsung esok.