Limpahan ekonomi negeri Johor tepati keperluan rakyat

Iklan
Kesejahteraan Sosial, Kecekapan Infrastruktur, Kerancakan Sektor Ekonomi dan Kelestarian Alam Sekitar tunjang yang akan memacu pemulihan ekonomi Johor.

Kesejahteraan Sosial, Kecekapan Infrastruktur, Kerancakan Sektor Ekonomi dan Kelestarian Alam Sekitar tunjang yang akan memacu pemulihan ekonomi Johor.

Limpahan ekonomi secara menyeluruh dijangka bakal dinikmati rakyat sekiranya Ikrar Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dapat direalisasikan.

Iklan
Iklan

Malah manfaatnya bukan sahaja dapat dinikmati rakyat bangsa Johor bahkan keseluruhan rakyat Malaysia memandangkan ia antara negeri penjana utama ekonomi negara kerana merekodkan jumlah pelaburan asing yang tinggi.

Tunjang 5 hingga 8 dalam Ikrar PN yang mencakupi Kesejahteraan Sosial, Kecekapan Infrastruktur, Kerancakan Sektor Ekonomi dan Kelestarian Alam sekitar dilihat memberi kesan berantai yang akan terus memacu pemulihan ekonomi Johor dan Malaysia.

Iklan

DR AHMAD AZRIN

Penganalisis ekonomi, Profesor Madya Dr Ahmad Azrin Adnan berkata, limpahan ekonomi akan dijana menerusi keempat-empat tunjang berkenaan.

Iklan

Menurutnya, ia sekali gus bakal memberi empat lagi manfaat utama kepada rakyat iaitu dari segi peningkatan kualiti hidup, peningkatan sosioekonomi, menangani kos sara hidup dan memelihara keselamatan dan perpaduan sosial.

"Tunjang 5 menggariskan lima strategi dengan tiga daripadanya adalah Memperhebat Generasi Pewaris Johor Melalui Pendidikan Berkualiti, Meningkatkan Penyampaian Perkhidmatan Kesihatan dan Meningkatkan Akses Rumah Mampu Milik.

"Ia sedikit sebanyak dapat meningkatkan kualiti hidup bukan hanya orang Johor tetapi orang yang berkunjung ke Johor iaitu dalam istilah ekonomi ia dipanggil limpahan ekonomi. Kualiti hidup juga dapat diperbaiki menerusi Tunjang 6, 7 dan 8," katanya kepada Sinar Harian.

Ahmad Azrin yang juga Dekan Fakulti Perniagaan dan Pengurusan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menjelaskan, Tunjang 5 juga akan mempengaruhi berlakunya peningkatan sosioekonomi dalam jangka masa pendek dan jangka masa panjang.

Ujarnya, ia kerana pendidikan merupakan satu formula yang digunapakai oleh banyak negara lain di dunia untuk meningkatkan sosioekonomi rakyat untuk jangka masa panjang.

"Pendidikan ini memang satu bentuk mekanisme untuk perbaiki kedudukan sosioekonomi satu-satu kumpulan masyarakat dan ia mungkin tidak dapat dilihat untuk tempoh pendek satu ke dua tahun.

"Melalui pendidikan yang berkualiti, modal insan dapat dilahirkan untuk meneruskan usaha pembangunan negeri dan negara," kata beliau.

Demi rakyat

Jelasnya, Tunjang 5, 6, 7 dan 8 juga akan dapat menangani masalah kenaikan kos sara hidup apabila adanya usaha untuk mensejahterakan sosial, menaik taraf infrastruktur, merancakkan pelancongan dan melestarikan alam sekitar.

"Tiada guna kalau kita dapat tingkatkan kualiti hidup, turunkan kos sara hidup tetapi tidak wujud rasa selamat dalam diri rakyat kerana bergaduh antara kaum.

"Sebab itu satu lagi teras yang menjadi tumpuan adalah terarah kepada keselamatan dan perpaduan sosial yang terkandung dalam Strategi 4 dan 5 bagi Tunjang 5 iaitu memperkukuh perpaduan bangsa Johor serta memperkasa keselamatan dan ketententeraman awam," ujarnya.

Tambahnya, semua inisiatif yang digariskan itu juga dilihat berupaya membantu rakyat keluar daripada kesulitan kewangan ketika ini ekoran pandemik Covid-19 yang menjejaskan manusia sejagat.

Kata beliau, bantuan itu diberikan secara langsung dan tidak langsung bagi memastikan ekonomi isi rumah rakyat kembali stabil dan tidak lagi dibelenggu kesempitan.

"Sesetengah bantuan yang diusahakan tidaklah secara langsung. Contohnya dari segi pelancongan. Apabila pelancongan kembali rancak, ia beri kesan yang berangkai iaitu kepada peniaga kecil malah sektor pengangkutan juga dapat manfaat. Itulah dipanggil limpahan ekonomi," ulasnya.

Menurut beliau, pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Selasa bahawa negara akan beralih ke fasa endemik dan sempadan negara akan dibuka pada 1 April depan juga akan memanfatkan Johor terutama dari segi pelancongan.

"Apabila sempadan negara dibuka, dengan sendirinya negeri yang dijangka akan mengalami pemulihan ekonomi dengan cepat adalah Johor berbanding dengan negeri-negeri lain," katanya

Inisiatif Tunjang

- Kecekapan Infrastruktur dalam Tunjang 6 mampu mempercepatkan pertumbuhan sosioekonomi.
- Strategi 3 dalam Tunjang 6 berkaitan liputan perkhidmatan telekomunikasi dan internet membolehkan bisnes dalam talian lebih cepat dan mudah.
- Kecekapan Infrastruktur memberi hayat politik kepada parti yang memerintah kerana ia memberi banyak limpahan ekonomi.
- Strategi 1 dalam Tunjang 8 yang Mengutamakan Kelestarian Alam Sekitar Dalam Pembangunan Negeri membantu menangani masalah bencana alam di luar jangka.
- Cadangan pelaksanaan projek tebatan banjir dan menyediakan pelan induk kesiapsiagaan kerajaan negeri dalam mendepani bencana alam dialu-alukan.
- Kesemua 8 Tunjang dalam Ikrar PN merangkumi semua teras penting yang diperlukan rakyat ketika ini untuk meneruskan kelangsungan hidup.