Chelsea dalam krisis

Iklan
FOTO: AFP

GERGASI Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea terjerumus dalam krisis apabila sekatan terhadap pemilik The Blues, Roman Abramovich menyaksikan kelab London itu dilarang menjual tiket dan barangan, dikenakan larangan perpindahan pemain dan dihadkan perbelanjaan £20,000 untuk perjalanan jauh.

Penaja baju Three pula berkata, pihaknya sedang menyemak semula hubungannya dengan Chelsea - mewujudkan kemungkinan gelombang boikot korporat yang bakal menyaksikan kelab itu kehilangan berpuluh-puluh juta pound.

Iklan
Iklan

Malah menurut penganalisis, penaja lain berkemungkinan mengikuti langkah Three termasuk, Nike, yang mempunyai perjanjian kit £55 juta dengan Chelsea, serta pengeluar kereta, Hyundai, dan pembuat jam tangan, Hublot, yang mempunyai tawaran bernilai lebih £15 juta digabungkan.

Bagaimanapun, menteri masih boleh membenarkan penjualan selagi Abramovich tidak mendapat manfaat dari segi kewangan hasil penjualan tersebut.

Iklan

Jurucakap No10 berkata:"Kerajaan terbuka kepada penjualan kelab, tetapi itu memerlukan lesen dan perbincangan lain dengan Perbendaharaan dan jabatan lain. Ia sama sekali tidak dapat memberi manfaat kepada Roman Abramovich atau wang itu menemui jalan kembali ke Rusia.”

Kelab sebelum itu telah dilarang menjual tiket untuk perlawanan di Stamford Bridge dan tempat lawan, dengan hanya para penyokong yang telah membeli tiket termasuk 28,000 pemegang tiket bermusim masih dibenarkan menyaksikan perlawanan.

Iklan

Malah terdapat juga kemungkinan perlawanan Liga Juara-Juara berlangsung secara tertutup kerana tiket tersebut sering dibeli secara berasingan daripada tiket bermusim.

Situasi terkini itu juga menyaksikan Chelsea tidak dapat melaksanakan sebarang kontrak baharu apabila dilarang terlibat dalam pasaran perpindahan pemain pada musim panas.

Kapten Cesar Azpilicueta dan pemain pertahanan Antonio Rudiger dan Andreas Christensen kini boleh meninggalkan kelab tersebut apabila kontrak tamat musim panas ini.