PEMAIN perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia mengesahkan tiket ke peringkat suku akhir Kejuaraan Badminton Terbuka Jerman selepas menewaskan pemain Perancis, Christo Popov dalam perlawanan di Westenergie Sporthalle, Mülheim pada Khamis.
Bagaimanapun pemain nombor tujuh dunia itu seperti sebelum ini dipaksa bermandi peluh selama 61 minit sebelum dapat menjinakkan pemain ranking 62 dunia berusia 20 tahun itu 21-13, 18-21, 21-12 dalam aksi pusingan kedua.