Rekod kelulusan RM3.4 bilion projek digital pada 2021

Iklan
Mustapa. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Pejabat Pelaburan Digital (DIO) telah berjaya merekodkan kelulusan RM3.4 bilion projek digital di peringkat Jawatakuasa Pelaburan Kebangsaan (NCI) sehingga 31 Disember 2021, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Menerusi jawapan bertulis di Dewan Rakyat pada Khamis, Mustapa berkata, DIO juga telah menerima tawaran secara dasar kepada projek bernilai RM13.1 bilion yang menunggu proses kelulusan secara prosedur daripada NCI.

Iklan
Iklan

"Selain itu, terdapat 26 projek yang masih dalam peringkat perbincangan antara DIO dengan pihak pelabur.

"Ia merangkumi projek teknologi dan infrastruktur digital seperti pusat data, pengkomputeran awan dan robotik," katanya semasa menjawab soalan Syed Ibrahim Syed Noh (PH-Ledang) pada Khamis.

Iklan

DIO yang ditubuhkan pada 2 Ogos 2021 merupakan sebuah platform bersepadu yang dilaksanakan oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida) dan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).

Pejabat itu merupakan platform yang memainkan peranan penting untuk merealisasikan sasaran pelaburan pendigitalan bernilai RM70 bilion di bawah inisiatif MyDigital menjelang 2025. - Bernama

Iklan