Jumlah mangsa banjir di tiga negeri menurun
Iklan
Keadaan banjir di Kampung Sungai Linau, Simpang Renggam yang semakin surut, pada Khamis. Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Jumlah mangsa banjir di Johor, Melaka dan Selangor yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) menurun kepada 327 orang daripada 83 keluarga petang ini berbanding 449 orang daripada 120 keluarga pagi Khamis.
Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dalam laporan terkini pada 4 petang ini memaklumkan 33 orang daripada tujuh keluarga masih berlindung di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Linau, Kluang Johor yang dibuka sejak Rabu.