Wau bulan

Iklan
Pembuat wau tradisional Wan Anuar Sapie, 44, mula mengantung sebahagian koleksi wau bulan miliknya untuk dipamerkan selepas sekian lama lengang dengan kehadiran pelancong akibat penularan COVID-19 di Galeri Wau Pak Sopie & Son Pantai Cahaya Bulan hari ini.

Kehadiran pelancong terutama daripada luar negara dijangka bertambah dan kembali rancak dengan pembukaan sempadan negara yang dijangkakan pada 1 April depan.

Dengan pembukaan sempadan negara tidak lama lagi kepada pelancong yang telah menerima vaksinasi lengkap, negara dijangka dapat mengawal penularan COVID-19 dengan lebih efektif dan sektor pelancongan negara dapat dipulihkan serta menjana pendapatan negara.