MyCar tidak kenakan caj batal tempahan

Iklan
MyCar akan memantau dan menyenarai hitam akaun pengguna yang membatalkan tempahan sebanyak tiga kali berturut-turut dengan sengaja.- Foto MyCar

SYARIKAT e-hailing kedua terbesar di Malaysia, MyCar akan meneruskan dasar tidak mengenakan sebarang caj atas pembatalan tempahan yang dilakukan pengguna.

Platform Apps Sdn Bhd dalam kenyataan hari ini berkata, walaupun tidak mengenakan caj pembatalan, MyCar akan memantau dan menyenarai hitam akaun pengguna yang membatalkan tempahan sebanyak tiga kali berturut-turut dengan sengaja.

Iklan
Iklan

"Pengguna harus sedar sebarang pembatalan yang disengajakan akan menganiaya dan merugikan pemandu yang ikhlas memberi perkhidmatan mereka kepada pengguna MyCar," kata kenyataan itu.

Sementara itu, MyCar melancarkan bonus pick-up yang melebihi lima kilometer sebanyak RM3 bermula April ini dan memberi kad petrol kepada 90 pemandu paling aktif di Lembah Klang yang berjumlah RM27,000.

Iklan
Iklan

"Ini sebagai inisiatif meringankan bebanan dan menjaga kebajikan pemandu yang berada di bawah platform MyCar tanpa perlu mengenakan caj yang membebankan kepada pengguna," katanya. - Bernama