Mangsa banjir di Johor, Melaka dan Selangor menurun pagi ini
Iklan
Jumlah mangsa banjir di Johor, Melaka dan Selangor yang dipindahkan ke PPS menurun apabila keadaan banjir di tiga negeri berkenaan semakin pulih. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Jumlah mangsa banjir di Johor, Melaka dan Selangor yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) menurun kepada 284 orang daripada 73 keluarga pagi ini berbanding 327 orang daripada 83 keluarga semalam.
Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dalam laporan terkini pada jam 8 pagi ini memaklumkan seramai 14 individu daripada empat keluarga masih berlindung di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Linau, Kluang, Johor yang dibuka sejak Rabu lepas.