Penaja Chelsea mohon tangguh sementara tajaan

Iklan
Chelsea ketika meraikan kejayaan menjulang kejuaraan Piala Dunia Kelab baru-baru ini. Kelab London tersebut dalam krisis selepas kerajaan mengenakan sekatan terhadap pemiliknya, Roman Abramovic.

RANGKAIAN mudah alih Three telah meminta kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea menggantung penajaan terhadap The Blues selepas kerajaan Britain mengenakan sekatan ke atas pemilik kelab itu dari Rusia, Roman Abramovich.

"Berdasarkan sekatan yang diumumkan kerajaan baru-baru ini, kami telah meminta Kelab Bola Sepak Chelsea menangguhkan sementara tajaan kami terhadap kelab itu, termasuk mengeluarkan jenama kami daripada baju dan di sekitar stadium sehingga diberitahu kelak,” kata Three dalam satu kenyataan.

Iklan
Iklan

Chelsea diletakkan di bawah lesen khas oleh kerajaan Britain yang menyekat aktiviti gergasi Inggeris itu walaupun akan dapat terus bermain dalam saingan domestik dan Eropah.

Kelab London itu sebelum ini menegaskan mereka berhasrat meminta kerajaan Britain membuat perubahan pada lesen tersebut.

Iklan

"Kami menyedari bahawa keputusan ini akan memberi kesan kepada ramai para penyokong Chelsea yang mengikuti perkembangan The Blues dengan penuh semangat.

"Bagaimanapun, kami merasakan berdasarkan keadaan dan kebenaran kerajaan yang sedia ada, ia adalah merupakan satu perkara yang tepat,” kata kenyataan itu.

Iklan