Ribut petir, angin kencang di beberapa negeri hingga 6 petang

Iklan
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri hingga jam 6 petang ini. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri hingga jam 6 petang ini.

Negeri-negeri terlibat ialah Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur, menurut amaran MetMalaysia yang dikeluarkan pada 12.10 tengah hari.

Iklan
Iklan

Kawasan terlibat di Perak ialah Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim, manakala di Pahang melibatkan Tanah Tinggi Cameron dan Bentong.

Di Selangor, kawasan yang dijangka mengalami ribut petir ialah Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu langat manakala di Negeri Sembilan melibatkan Jelebu dan Seremban. - Bernama

Iklan
Iklan