Suara hati Hasni buat rakyat Johor

Iklan
Hasni Mohammad

Johor Adalah Rumah Kita

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Saudara Saudari Rakyat Johor yang saya hormati,

1. Johor adalah Rumah Kita. Johor is Our Home. Di sinilah tempat kita dilahirkan, menempuh segala ranjau kehidupan dan mungkin di sini juga tempat kita disemadikan.

Iklan
Iklan

2. Dalam tempoh masa kurang 24 jam, saudara dan saudari akan menunaikan tanggungjawab untuk menentukan hala tuju Rumah Kita ini bagi tempoh lima tahun akan datang.

3. Sesungguhnya, dalam Pilihan Raya Negeri kali ini, masa depan Rumah Kita ini akan menjadi cagaran dan taruhan. Semua parti politik telah pun menawarkan pelbagai ikrar dan pelan kepada kita.

Iklan

4. Barisan Nasional Johor juga tidak terkecuali. Namun, Ikhtiar BN Johor bukanlah sekadar ikrar atau pelan yang berjela-jela. Ikhtiar BN Johor merupakan komitmen bagi menjamin kestabilan dan kemakmuran masa depan Rumah Kita.

5. Insya-Allah, apabila diberikan mandat untuk membentuk Kerajaan Negeri yang baharu nanti, BN Johor tidak akan berlengah dalam melaksanakan ikhtiar tersebut demi menjamin masa depan semua Rakyat Johor.

Iklan

Saudara Saudari Rakyat Johor yang saya hormati,

6. Esok merupakan hari yang amat penting. Saya, seperti saudara saudari juga harus memilih antara siapa yang paling layak untuk memaju dan melindungi Rumah Kita ini. Mungkin, terlalu banyak pilihan yang ada. Mungkin juga kita masih keliru.

7. Namun, yakin dan percayalah, kita wajar memilih hanya yang terbaik untuk menguruskan Rumah Kita, iaitu Johor Darul Ta’zim. We must choose the best for Our Home. We must choose the best for Johor Darul Ta’zim.

Hasni Mohammad

8. Kita wajar memilih sebuah Kerajaan yang berupaya mengurus ekonomi dan membina potensi Rakyat Johor.

9. Kita wajar memilih naratif politik baharu lagi matang. Politik amal dan politik bakti. Bukan politik yang disruptive, jauh sekali ahli-ahli politik yang chauvinis.

10. Kita juga wajar memilih masa depan yang stabil, masa depan yang sejahtera dan lebih terjamin untuk semua. Bukan masa depan yang tidak berpijak di bumi nyata, malah berada di luar kemampuan yang ada.

11. Pilihan di tangan kita. Pilihlah pemimpin yang benar-benar mahu dan terbukti berupaya memberikan yang terbaik untuk masa depan Rumah Kita.

12. Semoga dengan tekad untuk kekal berikhtiar, Johor Darul Ta’zim yang kita cintai ini akan menjadi lebih hebat berbanding sekarang, akan lebih makmur pada masa depan. Insya-Allah.

Justeru, Kita wajar memilih Kestabilan Masa Depan.

Kita Pilih Barisan Nasional. Parti yang menaungi semua kaum!

Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh.

Dato Haji Hasni Mohammad Pengerusi Barisan Nasional Johor