20 pemain dipanggil ke kem latihan futsal, rebut 16 tempat ke Bangkok

Iklan
Chun Yong akan menilai prestasi kesemua 20 pemain yang dipanggil menyertai kem latihan di Arena Futsal, Wisma FAM, Kelana Jaya bermula Rabu ini.

SERAMAI 20 pemain yang dipanggil menyertai kem latihan pusat skuad futsal Harimau Malaya akan merebut 16 tempat untuk mewakili negara pada Kejuaraan Futsal AFF 2022 di Bangkok, Thailand dari 2 hingga 10 April ini.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memaklumkan prestasi kesemua 20 pemain dipanggil menyertai kem latihan di Arena Futsal, Wisma FAM, Kelana Jaya, itu bermula Rabu ini (16 Mac) dinilai sepanjang saingan Malaysia Premier Futsal League (MPFL) 2022 bermula sejak 14 Jan lepas oleh ketua jurulatih, Chiew Chun Yong.

Iklan
Iklan

"Daripada 20 pemain dipanggil ke kem latihan pusat ini, hanya 16 pemain akan dibawa ke Bangkok pada 26 Mac ini bagi menghadapi beberapa perlawanan persahabatan di sana sebelum kejohanan bermula,” menurut kenyataan itu.

Bagi saingan Kejuaraan Futsal AFF 2022, Malaysia diundi dalam Kumpulan A bersama tuan rumah yang juga juara bertahan, Thailand, Indonesia, Kemboja dan Brunei manakala Kumpulan B menampilkan empat pasukan iaitu Vietnam, Myanmar, Timor-Leste dan Australia.

Iklan

Malaysia akan membuka tirai saingan menentang Kemboja pada 2 April diikuti Indonesia (4 April), Brunei (5 April) dan Thailand (6 April) manakala aksi separuh akhir dijadual pada 8 April dan perlawanan final selain penentuan tempat ketiga atau keempat berlangsung 10 April.

Tiga pasukan terbaik akan layak ke Piala Asia Futsal 2022 di Kuwait, September depan. - Bernama

Iklan