'Jangan kerana marahkan nyamuk, kelambu dibakar'

Iklan
Azalina Othman

PENGERANG - Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said mengingatkan pengundi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor khususnya di kawasannya agar tidak terpengaruh dengan isu luar dimainkan pihak pembangkang khususnya isu 'Kluster Mahkamah' dalam kempen PRN Johor.

Menurut Azalina, usaha untuk mendapatkan kestabilan politik melalui pembentukan kerajaan kukuh yang diperjuangkan Barisan Nasional (BN) dilihat lebih relevan kepada rakyat setempat di Pengerang berbanding isu tersebut yang kini sudah dalam proses perbicaraan.

Iklan
Iklan

Katanya, kesinambungan pembangunan di bawah Parlimen berkenaan meliputi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Penawar dan Tanjung Surat memerlukan kepada kerajaan negeri yang stabil di samping kerjasama dengan kerajaan pusat.

"Mereka semua ini bila habis PRN akan balik tapi kita ini nak bekerja lepas kita menang. Bukan lepas kita menang kita hilang.

Iklan

"Sebab itu saya nak ingatkan kepada pengundi, janganlah marahkan nyamuk, dibakarnya kelambu,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan sumbangan tong ikan kepada nelayan di sini pada Jumaat.

Aznan Tamin sebagai calon gabungan tersebut bagi merebut kerusi DUN Tanjung Surat.

Iklan

"Isu pekerjaan ini adalah isu anak muda dan baru-baru ini pun manifesto BN yang diumumkan Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad ada berikan komitmen (wujudkan peluang pekerjaan).

"Jadi saya harap calon anak muda yang kita tawar di DUN ini akan menyambung dan buat tuntutan terhadap komitmen tersebut. Saya pun dah tegur supaya jangan lepas menang jadi lupa amanah dan tanggungjawab sebab perjuangan kita belum selesai,” ujarnya.

Pada masa sama, Azalina berkata, pengundi ketika ini dilihat memberi respons yang positif terhadap calon BN yang bertanding di dua kawasan DUN di bawah Parlimennya iaitu Aznan bagi DUN Tanjung Surat dan Fauziah Misri (DUN Penawar).


Ikuti perkembangan semasa #PRNJohor dan kenali calon anda menerusi pru.sinarharian.com.my