Penjawat awam rugi RM383,000 ditipu Macau Scam

Iklan

PETALING JAYA - Seorang penjawat awam mengalami kerugian RM383,000 setelah menjadi mangsa penipuan Macau Scam pada 12 Februari lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, mangsa merupakan seorang wanita berumur 46 tahun.

Iklan
Iklan

"Siasatan dijalankan mendapati mangsa menerima panggilan daripada individu yang mendakwa pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri(LHDN).

"Mangsa dikatakan mempunyai cukai tertunggak sebanyak RM 36,690 menerusi panggilan tersebut," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Iklan

Beliau berkata, mangsa bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut sebelum suspek kemudiannya menyambungkan panggilan itu ke Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Kuantan dan meminta mangsa bercakap dengan seorang pegawai polis.

"Mangsa kemudiannya didakwa mempunyai rekod kes melibatkan penyeludupan dadah. Bimbang dengan dakwaan itu mangsa kemudian telah memasukkan wang secara berperingkat pada 14 Februari.

Iklan

"Mangsa melakukan pemindahan wang sebanyak empat kali ke dalam akaun yang berbeza dengan jumlah keseluruhan berjumlah RM383,000," katanya.

Tambahnya, polis kini sedang menjalankan usaha bagi mengesan suspek-suspek terlibat dalam kejadian itu.

"Orang ramai dinasihatkan agar terus menghubungi pihak polis sekiranya menerima panggilan yang mencurigakan.

"Jangan mudah terpedaya, semak terlebih dahulu atas apa sahaja maklumat yang diterima sebelum mengambil sebarang tindakan," katanya.