Rakyat Johor sudah matang untuk mengundi

Iklan
Asyraf Wajdi Dusuki

SHAH ALAM - Rakyat Johor sudah matang untuk tidak lagi memilih sesebuah parti berasaskan sentimen, hasutan dan kebencian serta janji-janji palsu yang dimungkiri setelah berjaya membentuk kerajaan.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, ia memandangkan terdapat beberapa parti yang berkempen dan memberi ceramah hanya untuk menghasut dan memburukkan Barisan Nasional (BN) dengan fitnah serta tohmahan.

Iklan
Iklan

Sebaliknya, menurutnya, ceramah BN memfokuskan kepada agenda mensejahterakan rakyat dengan menawarkan manifesto bertemakan Kestabilan Masa Depan.

"Dulu masa Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), mereka (Perikatan Nasional, Parti Keadilan Rakyat, Pakatan Harapan, Parti Pejuang Tanah Air, Parti Ikatan Demokratik Malaysia) semuanya bersatu di bawah jenama PH dengan matlamat nak kalahkan BN.

Iklan

"Di PRN (Pilihan Raya Negeri) Johor, mereka semuanya berpecah kepada beberapa parti dengan matlamat yang masih sama nak kalahkan BN. Setiap malam ceramah mereka hanya menghasut dan memburukkan BN dengan fitnah dan tohmah.

"Rakyat Johor cukup matang untuk tidak lagi memilih berasaskan sentimen, hasutan dan kebencian apatah lagi janji-janji palsu yang dimungkiri setelah berkuasa.

Iklan

"Moga Allah memberikan kemenangan kepada calon-calon BN yang diketuai calon bakal Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad bagi memastikan agenda rakyat #KestabilanMasaDepan Johor dapat direalisasikan,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya pada Jumaat.


Ikuti perkembangan semasa #PRNJohor dan kenali calon anda menerusi pru.sinarharian.com.my