SHAH ALAM - Individu yang mendakwa menjadi mangsa penipuan melibatkan kerja pengubahsuaian dan pembaikan rumah di Taman Sri Muda, Seksyen 25 di sini diminta tampil membuat laporan polis dengan segera.
Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan Ramsay Anak Embol berkata, semakan yang dijalankan pihaknya setakat ini mendapati tiada laporan yang dibuat berhubung penipuan melibatkan kerja pengubahsuaian dan pembaikan rumah di Taman Sri Muda, Seksyen 25, Shah Alam.