Rusia semakin mara ke Kiev, bedil tadika, apartment

Iklan
Pencerobohan Rusia di Ukraine. - AFP

KIEV - Pasukan tentera Russia semakin menghampiri Kiev, pada Jumaat ketika pegawai Ukraine memaklumkan ibu kota kini dijadikan 'kubu'.

Difahamkan, ratusan ribu orang awam masih bersembunyi di bandar sekitar Ukraine termasuk Mariupol yang terkepung, selepas rundingan pertama antara diplomat utama Moscow dengan Kyiv menemui kegagalan

Iklan
Iklan

Pada awal pagi Jumaat, pesawat perang Rusia melancarkan serangan pertama terhadap bandar Dnipto, yang mengorbankan seorang penduduk.

Tiga lagi serangan udara mengena tadika, apartment dan sebuah kilang kasut.

Iklan

Tentera Ukraine dalam satu kenyataan memberi amaran bahawa 'musuh sedang cuba memusnahkan pertahanan pasukan tentera Ukraine' di sekitar wilayah ke arah barat dan barat laut ibu kota ini 'untuk menyekat Kyiv'.

"Kita tidak boleh menolak kemungkinan bahawa musuh bergerak ke timur menuju Brovary," menurut kenyataan itu. - AFP

Iklan