Pengawal keselamatan maut, seorang cedera ditembak perompak bank

Iklan
Seorang pengawal keselamatan maut manakala seorang lagi cedera dalam kejadian rompakan di sebuah bank di Puchong Prima pada petang Jumaat.

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Polis mengesahkan seorang pengawal keselamatan sebuah syarikat van membawa wang tunai maut ditembak manakala seorang lagi cedera berhampiran sebuah bank di Puchong Prima, dekat sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata, kedua-dua pengawal keselamatan berkenaan dipercayai sedang mengawal keselamatan van yang membawa sejumlah wang tunai.

Iklan
Iklan

"Setakat ini, polis masih menyiasat sama ada mereka hendak mengambil wang dari bank atau mengeluarkan wang dari van untuk di bawa ke bank berkenaan.

"Suspek yang terlibat berjaya meloloskan diri,” katanya kepada Bernama.

Iklan

Bagaimanapun motif kejadian belum dikenal pasti. - Bernama

Iklan