Hafizh Syahrin sasar kelompok 10 terbaik di WSBK

Iklan
Hafizh Syahrin

PELUMBA Superbike negara, Hafizh Syahrin Abdullah berazam menamatkan setiap perlumbaan bagi Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) 2022 dalam kelompok 10 pelumba terbaik.

Biarpun mengakui bakal berdepan cabaran besar kelak, namun Hafizh yang terkenal dengan jolokan El-Pescao ketika beraksi di Moto2 sebelum ini berkata, perlu memberikan tentangan sengit kepada pelumba-pelumba lain pada setiap perlumbaan.

Iklan
Iklan

Malah Hafizh akan banyak belajar daripada pelumba-pelumba Superbike yang lain seperti Toprak dan Jonathan Rea dalam usaha merealisasikan azamnya musim ini.

"Biarpun mengenali beberapa pelumba seperti Locatelli, Alvaro Baustista dan beberapa lagi pelumba yang pernah beraksi di MotoGP sebelum beralih ke WorldSBK, saya akan tetap memberi tentangan sengit kepada mereka.

Iklan

"Sekali gus, ia diharap dapat membantu saya merealisasikan azam untuk menamatkan setiap perlumbaan dalam kelompok 10 pelumba terbaik,” katanya.

Selain itu, Hafizh Syahrin turut mencatat sejarah selaku pelumba Malaysia kedua yang beraksi dalam perlumbaan WSBK selepas C.Adi Haslam di Johor pada 1993 lalu.

Iklan

Bagi musim 2022, pelumba berusia 27 tahun dan baru sahaja menimang cahaya mata lelaki pada Jumaat, bakal mewakili pasukan MIE Racing Honda Team dengan menggunakan jentera CBR1000RR-R dan bergandingan pelumba Argentina, Leandro Mercado.

Kalendar WSBK 2022 menyaksikan 12 pusingan bakal berlangsung bermula di Litar Aragon, Sepanyol mulai 8 hingga 10 April depan.

Mengulas lanjut, Hafizh Syahrin mengakui dalam saingan WSBK bakal memberi pengalaman baharu buatnya setelah muncul pelumba negara pertama beraksi dalam saingan MotoGP.

Biarpun berdepan cabaran baharu di WSBK kelak, dia akan tetap cuba memberikan yang terbaik.

"Saya akan sentiasa memberikan yang terbaik. Saya tahu siapa pencabar saya, termasuk kehadiran pelumba-pelumba muda yang cukup pantas.

"Apa pun, setakat ini, saya tidak berdepan sebarang tekanan bagi mengharungi musim baharu dengan WSBK,” katanya.