Kesedaran kanser dalam kalangan rakyat masih rendah

Iklan
Khairy - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Kesedaran mengenai kanser dalam kalangan rakyat Malaysia masih rendah yang menjadi punca peningkatan kes lewat dikesan iaitu hanya setelah berada di tahap tiga dan empat.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, kes lewat dikesan iaitu hanya setelah berada di tahap tiga dan empat telah meningkat daripada 58.7 peratus pada 2007 hingga 2011 kepada 63.7 peratus pada 2012 hingga 2016.

Iklan
Iklan

"Kalau kita dapat kesan kanser lebih awal maka kemungkinan kita dapat rawat dan pulih atau dapat mengawal kanser adalah lebih tinggi.

"Pengesanan lewat ini menjadi masalah, kadar peningkatan peratusan ini amat membimbangkan kerana Malaysian Study on Cancer Survival yang telah diterbitkan beberapa tahun lepas menunjukkan semakin lewat kanser dikesan, semakin rendah kadar survival pesakit," katanya ketika berucap dalam Program Hari Bersama Pesakit Kanser sempena Sambutan Hari Kanser Sedunia 2022.

Iklan

Beliau berkata, kerjasama pelbagai pihak amat diperlukan dalam mengenal pasti ruang penambahbaikan termasuk penerangan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap pengesanan dan saringan awal kesihatan.

Berkongsi pengalaman kehilangan bapanya Datuk Jamaluddin Abu Bakar, yang meninggal dunia akibat kanser pada 1992, Khairy berkata, keluarga pesakit kanser juga memerlukan sokongan terutama golongan B40 dan penjaga tunggal bagi pesakit kanser kerana mereka turut mengalami tekanan tinggi dari segi mental.

Iklan

Beliau berkata, kerajaan telah melaksanakan Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40) bagi membantu golongan itu menjalani saringan kesihatan secara percuma namun lebih sejuta individu yang layak iaitu golongan B40 berusia 40 tahun ke atas tidak memanfaatkan kemudahan tersebut.

Katanya, Malaysia turut berdepan masalah penyakit tidak berjangkit yang tinggi seperti kencing manis, darah tinggi dan kardiovaskular yang seterusnya akan menyebabkan komplikasi jika mereka dijangkiti Covid-19. - Bernama